Monday, January 8, 2018

3 sebab saya suka Naelofar Hijab




Hai. Tak habis-habis Naelofar Hijab haha. Saya berangan nak beli semua warna. Haruslah bekerja dengan gigih uols. Saya jika nak sesuatu saya akan kumpul duit sendiri. Saya tak reti minta-minta sebab ayah saya garang. Atuk best tapi saya pindah rumah lain masa Darjah 3. Jadi, saya meninggalkan perangai gedik meminta-minta itu di rumah Atuk. Kasihku tertinggal di sana begitulah :) 

Saya memang suka Naelofar Hijab ni. Bukanlah sebab owner dia Neelofa ke.Tapi, ia memang sangat menyelesakan. Ok saya senaraikan 3 sebab kenapa saya suka Naelofar Hijab.
#1. Tidak panas
Ok seriously, saya pernah beli hampir semua jenis shawl. Brand Terbaik dari kebun, Terjatuh dari langit, kain jarang, kain tebal @ pashmina, kain georgette dan banyak lagi. Sesetengahnya jarang, jadi kena pakai inner. Cuaca sekarang pula memang boleh tahan. Saya sebagai puteri lilin kebangsaan yang biasa duduk di bawah aircond, memang tak tahan sangat pakai berlapis-lapis tudung. Tambahan lagi, saya banyak kerja luar juga, dan ambil anak balik sekolah. Itu belum lagi saya pergi set up Candy Buffet di hujung minggu.
Bila pakai Babes and Basic dari Nelofar Hijab ni selesa sangat. Ia kain t-shirt yang berkualiti. Menggosoknya a bit tricky sikit sebab macam kain t-shirt, dan ia besar. Tapi, memikirkan keselesaan sepanjang hari tu, saya sanggup. Ia sejuk aje di kepala anda. Nak marah pun tak jadi hehe….
#2. Ia mudah
Cara pakai juga sangat mudah. Hanya sarung dan lilitkan sahaja. Baru-baru ni saya pergi set up Candy Buffet, berhenti di masjid berdekatan untuk solat Maghrib. Rasa mudah sangat terus ambil wudhuk. Kaum wanita ni banyak juga alatannya macam handbag yang perlu diuruskan. Mana nak gantung handbag, nak gantung inner, nak gantung shawl kan. Tapi Naelofar Hijab ni mudah aje. Sangkut di bahu dan ambil wudhuk. Pin dan brooch pun tak banyak, kecil sahaja. Pinkan sahaja pada tudung.
Bila dah solat pun mudah. Hanya sarungkan sahaja dan adjust, pakai semula. Walaupun ada makcik-makcik di tepi menjeling manja. Mungkin dia ingat tudung ini komplikated. Tidak makcik, lihat saya pakai sekejap sahaja, semudah 1,2 dan 3 😉 . Jimat masa. Kalau tak selalu pergi bukan main melilit lagi, balik ala kadar sahaja lilitannya haha.
3. Ia solat ready
Saya selalu suka konsep pakaian Prof Muhaya. Untuk tahu pakaian anda syariah complied, adakah ia solat readyNaelofar Hijab boleh dilabuhkan, dan jika anda pakai jubah contohnya, boleh solat terus dengannya. Jauh juga perjalanan saya ke arah kesempurnaan seperti itu, tapi saya akan terus mencuba. Insya Allah.
But seriously, kain Naelofar Hijab Babes and Basic ini tebal, selesa dan labuh. Saya suka. Sangat.
Tapi di mana pula nak beli?
Instagram : @naelofar_melaka 
Pembelian boleh dibuat di :
ATAU                                      

No comments:

Post a Comment